Di Sebalik Perjuangan

Restoran Mak Kimbong diasaskan pada tahun 2006 oleh pasangan suami isteri, En. Khairul Amilin Abdul Rahman dan Pn. Mastura Binti Rahim, sejurus mereka menamatkan pengajian. Perniagaan ini bermula sebagai franchise Ani Sup Utara selama tiga tahun sebelum mereka membuat keputusan untuk membuka restoran lauk kampung sendiri. Restoran itu dinamakan Mak Kimbong, mengambil nama ibu Puan Mastura yang terkenal di kampung sebagai tukang masak kenduri dan pembawa resepi turun-temurun. Hingga kini, Mak Kimbong terus berpegang kepada tagline “Citarasa Kampung Sebenar.”

En. Khairul Amilin 
Abdul Rahman

Pn. Mastura Binti Rahim

Perjalanan 2 Dekad

Dari Bangi ke Pentas Asia Apa yang bermula di sebuah premis kecil di Bandar Baru Bangi kini telah berkembang menjadi sebuah empayar rasa yang mengagumkan. Dengan kapasiti yang mampu menampung ribuan pelanggan dalam satu masa—termasuk kejayaan mengendalikan buffet mega bertaraf nasional—Mak Kimbong membuktikan bahawa masakan kampung mampu tampil eksklusif dan sistematik tanpa hilang jati dirinya.

2006

Permulaan

Pada tahun 2006, operasi pertama bermula di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi.

2009

Perasmian

Pada tahun 2009 jenama Mak Kimbong diperkenalkan secara rasmi.

2012

50 Jenis Lauk

Menjelang 2012, menu berkembang kepada lebih 50 jenis lauk kampung setiap hari.

2015

Pelanggan Seluruh Negeri

Selepas tahun 2015, restoran ini mula mendapat perhatian pelanggan dari seluruh negeri.

2022

8 Premis Dibuka

Pengembangan besar berlaku pada tahun 2022 apabila premis bertambah daripada 3 ke 8 lot.

2024

Central Kitchen Dibangunkan

Pada tahun 2024, Mak Kimbong membangunkan Central Kitchen bernilai RM600,000 hasil pinjaman MARA,

2026

Buffet Ramadan

Penganjuran Buffet Ramadan terbesar dengan 2800pax setiap hari selama sebulan - 4 tahun berturut-turut.

Jiwa Di Sebalik Nama

Nama ‘Mak Kimbong’ bukan sekadar jenama, ia adalah penghormatan kepada figura bonda, seorang pakar masakan kenduri yang mewariskan rahsia rempah ratus dan teknik masakan autentik. Keikhlasan dalam setiap hidangan inilah yang menjadi tunjang kepada tagline kami, “Citarasa Kampung Sebenar.”

Kami Menanti Anda Di Sini!

Nikmati sarapan & makan tengahari dengan citarasa sebenar masakan kampong. Jangan tunggu lagi, jom singgah dan makan beramai-ramai!