CITARASA KAMPONG SEBENAR
Rasai Citarasa Kampong Sebenar yang dihidangkan dari resepi turun-temurun. Setiap hidangan menggabungkan keenakan rempah ratus tradisi dengan sentuhan moden citarasa Malaysia.
Menu Kegemaran Ramai
Dari dapur Mak Kimbong, nikmatilah menu kegemaran ramai. Dimasak khas dengan resipi kulinari warisan yang membangkitkan semula nostalgia hidangan kampung yang asli.
#1 Sotong Bakar Sambal
#2 Siput Sedut Masak Lemak
#3 Kerang Bakar Sambal
Di Mak Kimbong, kami meraikan kepelbagaian cita rasa Malaysia melalui hidangan yang bukan sekadar mengenyangkan, malah menggamit memori. Setiap hari, lebih 70 pilihan lauk-pauk disediakan segar dari dapur, menghidangkan variasi resepi Melayu yang unik dan autentik. Daripada kelembutan daging salai yang beraroma, hinggalah ke pekatnya kuah gulai kawah yang dimasak sempurna, setiap menu adalah hasil gabungan resepi turun-temurun dan penggunaan rempah-ratus asli yang diadun teliti.
Lebih
Menu Setiap Hari
Nasi Lemak Ayam Goreng
Pulut Kuning Rendang Daging
Udang Bakar Sambal
Udang Masak Lemak
Kari Ikan Nyok Nyok
Ikan Masak Asam Pedas
Kari Daging
Siput Sedut Masak Lemak
Ketam Masak Lemak
Ayam Salai Masak Lemak
Ayam Masak Lemak
Soto
Simfoni 70 Rasa
Setiap Hari
Daripada keharuman nasi lemak dan lempeng tradisional di waktu pagi, hingga ke lebih 70 jenis lauk-pauk autentik dan seafood bakar pada waktu siang, kami menjanjikan pengalaman santapan yang tiada tandingan. Anda boleh pesan secara online dan nikmati makan tengahari walau di mana jua anda berada.
Kami Menanti Anda Di Sini!
Nikmati sarapan & makan tengahari dengan citarasa sebenar masakan kampong. Jangan tunggu lagi, jom singgah dan makan beramai-ramai!
Kenapa Ramai ke Mak Kimbong?
Tak perlu tunggu lama, pelbagai pilihan lauk pauk dah sedia terhidang untuk anda ‘serbu’ sekarang juga. Jangan rambang mata ya!